...
KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bertanggungjawab terhadap hala tuju dasar dan pembangunan industri Agrikomoditi negara merangkumi minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf yang menjadi antara pemacu ekonomi negara, menyumbang kepada pendapatan eksport, mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan terutamanya kepada pekebun kecil. Bagi menyahut seruan Kerajaan dalam meningkatkan kemahiran pekerja, terutamanya penglibatan pekerja tempatan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menubuhkan sebuah institusi latihan secara formal, iaitu Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) pada 4 November 2010. IMPAC berperanan sebagai institusi induk yang menerajui serta memantau kursus dan program latihan kemahiran pusat latihan agensi-agensi di bawah KPK. Agensi-agensi yang terlibat adalah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN). IMPAC selaku Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body, ILB) sektor perladangan dan komoditi akan terus memacu dalam memberi latihan kemahiran serta menggilap potensi modal insan bagi memastikan sektor agrikomoditi negara kekal berdaya saing dan mampan.

Logo Jabatan
Kursus
1. TEKNOLOGI PEMESINAN KAYU DAN PERABOT

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI KAYU (WISDEC), BANTING
Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

Tempoh: 2 Bulan
Kategori: Micro Credential
Telefon: 03-31492924
Laman Web: www.mtib.gov.my
Logo Jabatan
Kursus
2. TEKNOLOGI PEMESINAN KAYU DAN PERABOT

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INDUSTRI KAYU (WISDEC) SABAH
Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

Tempoh: 3 Bulan
Kategori: Micro Credential
Telefon: 088-498822
Logo Jabatan
Kursus
3. OPERASI MEKANISASI LADANG SAWIT

PUSAT LATIHAN SAWIT MALAYSIA (PLASMA) KERATONG, PAHANG
Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

Tempoh: 9 Bulan
Kategori: Sijil Penuh
Telefon: 09-4514403
Laman Web: www.mpob.gov.my
Logo Jabatan
Kursus
4. PENYELIAAN OPERASI MEKANISASI LADANG SAWIT

PUSAT LATIHAN SAWIT MALAYSIA (PLASMA) KERATONG, PAHANG
Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

Tempoh: 10 Bulan
Kategori: Sijil Penuh
Telefon: 09-4514403
Laman Web: www.mpob.gov.my
;