Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Tiada permohonan ke TVET akan ditolak - Ahmad Zahid

20 May 2024

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan tiada satu pun permohonan ke institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ditolak.  

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini lebih 30,000 tempat disediakan untuk pemohon.  

"Berdasarkan trend sebelum ini, terdapat 100,000 permohonan, saya minta seketeriat (Majlis TVET Negara), jangan ada seorang pun (pemohon) kecil hati untuk mendapatkan tempat," katanya di Majlis Peluncuran Sistem Pengambilan UP_TVET di sini pada Isnin.  

Menurutnya, pelaksanaan UP_TVET bagi Ambilan Perdana Julai 2024 melibatkan semua institusi TVET di bawah tujuh kementerian dengan 744 kursus ditawarkan.  

"Permohonan ambilan Julai ini telah dibuka bermula 25 Mac sehingga 11 Jun ini dengan jumlah pengguna UP_TVET telah mencapai 36,000," ujar beliau.   Katanya, penggunaan saluran UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat menyertai TVET.  

"Salah satu ciri UP_TVET ialah institusi menawarkan calon berpeluang mendapatkan lebih daripada satu tawaran.  

"Pada akhirnya, calon boleh bersetuju menerima satu tawaran sahaja," katanya.  

-- Untuk berita penuh sila ke link di bawah --  

Gambar: Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Peluncuran Sistem Pengambilan UP_TVET hari ini. Foto Bernama

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara