Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

100,000 peluang belajar TVET disedia

5 June 2024

KUALA LANGAT – Lebih 100,000 tempat disediakan untuk lepasan sekolah melanjutkan pelajaran dalam Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sempena sambutan Hari TVET Negara 2024 selama dua hari bermula Jumaat ini.

Program yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, di sini itu turut disertai 1,345 institut TVET di bawah 12 kementerian selain pempamer dalam bidang aeroangkasa, kenderaan elektrik dan syarikat automatif.

Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara, Dr. Mohd. Faizal Tokeran berkata, pihaknya menyasarkan 15,000 pengunjung hadir sambutan itu dan mengalu-alukan kehadiran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lepasan sekolah yang berhasrat melanjutkan pengajian berteraskan kemahiran.

“Ia sejajar dengan penekanan kerajaan terhadap peluang serta potensi yang ada pada bidang TVET. Kami mahu mengubah stigma masyarakat terhadap bidang TVET yang dijadikan sebagai pilihan terakhir,” katanya kepada pemberita semasa sesi tinjauan persediaan Hari TVET Negara 2024 di sini hari ini.

Sambutan Hari TVET Negara 2024 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu ini akan turut menyaksikan pelancaran Dasar TVET Negara 2030 yang berperanan sebagai rujukan dalam memandu institusi TVET,

Mohd. Faizal memberitahu, sebanyak 3,000 pekerjaan turut ditawarkan sempena sambutan itu dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Program Kemahiran dan Keberhasilan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma). – KOSMO! ONLINE

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara