Some placeholder content for the first collapse component of this multi-collapse example. This panel is hidden by default but revealed when the user activates the relevant trigger.
Berita TVET

Syarikat antarabangsa tawar gaji lebih RM4,000 kepada lepasan TVET – Zahid

8 June 2024

BANTING: Pelbagai syarikat antarabangsa bersedia menawarkan gaji permulaan lebih tinggi kepada lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, berkata ia dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan pengurusan syarikat berkenaan, selain perjanjian persefahaman (MoU) bagi tujuan itu sudah dimeterai sebelum ini.

Katanya, perkembangan itu berdasarkan realiti industri memerlukan pekerja berkemahiran yang boleh diperoleh menerusi TVET.

“Dalam pertemuan saya bersama beberapa syarikat antarabangsa, mereka maklumkan sanggup bayar gaji minimum lebih RM4,000 (AS$1,000). Ada MoU sudah kita meterai dengan syarikat berkenaan, aspek latihan akan mengikut keperluan syarikat dan kilang terbabit.

“Ia bagi mengelak ketidakpadanan serta pertindihan peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari TVET Negara dan Pelancaran Dasar TVET Negara 2030 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas keperluan kerajaan merangka dasar mewajibkan majikan swasta mengambil lepasan TVET sebagai tenaga kerja di organisasi mereka. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, berkata ia dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan pengurusan syarikat berkenaan, selain perjanjian persefahaman (MoU) bagi tujuan itu sudah dimeterai sebelum ini.

Katanya, perkembangan itu berdasarkan realiti industri memerlukan pekerja berkemahiran yang boleh diperoleh menerusi TVET.

“Dalam pertemuan saya bersama beberapa syarikat antarabangsa, mereka maklumkan sanggup bayar gaji minimum lebih RM4,000 (AS$1,000). Ada MoU sudah kita meterai dengan syarikat berkenaan, aspek latihan akan mengikut keperluan syarikat dan kilang terbabit.

“Ia bagi mengelak ketidakpadanan serta pertindihan peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari TVET Negara dan Pelancaran Dasar TVET Negara 2030 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas keperluan kerajaan merangka dasar mewajibkan majikan swasta mengambil lepasan TVET sebagai tenaga kerja di organisasi mereka.

[Gambar]: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Sambutan Hari TVET Negara dan Pelancaran Dasar TVET Negara 2030 di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, hari ini. – Foto NSTP

Portal Rasmi TVET MADANI © 2025 Hak Cipta Terpelihara