
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Perkapalan
DKP
Pengenalan Kursus
Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan merangkumi elemen pengetahuan serta amalan kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan perkapalan . Ia juga memberi penekanan kepada pengendalian dan penyelenggaraan sistem operasi dan peralatan tambahan kapal, penjanaan kuasa marin, pembinaan kapal dan seni bina kapal. Ia juga termasuk pengetahuan teknik asas kejuruteraan. Program ini dijalankan selama tujuh semester termasuk latihan industri (latihan laut) selama 12 bulan. Program pendidikan dan latihan yang dijalankan bagi memenuhi tahap minimum kemahiran dan kecekapan yang ditetapkan dalam Konvensyen Antarabangsa Standards of Training, Certification and Watch for Seafarers (STCW) 2010 serta piawaian dan garis panduan nasional dan antarabangsa yang berkaitan. Graduan yang menyelesaikan program ini akan dikecualikan daripada menduduki Peperiksaan Sijil Kompetensi Bahagian A bagi Pegawai Jurutera Kedua dan Pegawai Ketua Jurutera ≥ 3000 kW tanpa had oleh Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia.
Maklumat Latihan TVET
- Jurutera Laut
- Superintendent
- Pegawai Laut
- Penolong Jurutera
- Pensyarah Institusi Maritim
- Penolong Jurutera di limbungankapal, Industri Berat dan Loji Janakuasa
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
31400 IPOH
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.