Kursus TVET

Operasi Latihan Vokasional

K01011

Pengenalan Kursus

Kursus Diploma Kemahiran Malaysia Pengajaran TVET adalah berkaitan dengan kaedah dan teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi individu yang ingin menjadikan bidang pengajar TVET sebagai satu karier. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik mengajar termasuklah latihan pembangunan soalan teori dan amali dalam bidang kemahiran masing- masing. Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 9 bulan menggunapakai NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) sebagai garis panduan asas. Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (Metodologi) dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kursus ini ditawarkan di Kampus Induk Shah Alam dan Kampus Satelit .

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
9 Bulan
Prospek Kerjaya
Melahirkan tenaga pengajar di dalam memperkukuhkan profesionalisme TVET bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara.
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Alamat
JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZURAINI BINTI ISMAIL
Telefon
0355438200
Emel
pengambilan@ciast.gov.my
Laman Web
www.ciast.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
i. Elaun sara diri;
ii. Asrama disediakan;
iii. Makan minum disediakan.

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN. PERMOHONAN KEMASUKAN HANYA MELALUI PORTAL https://mohon.tvet.gov.my

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;