Kursus TVET

DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (DLPV) – TEKNOLOGI AUTOMOTIF

K01011

Pengenalan Kursus

Kursus ini menyediakan pelajar yang mempunyai pengetahuan dalam menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya. Selain daripada itu, kerja-kerja servis kenderaan bermotor termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi, pelajar juga akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang automotif seperti hybrid dan commanrail system. Secara keseluruhan, pelajar-pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pengurusan tvet dalam industri automotif.

Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 2 tahun 5 bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 5), Projek Akhir dan Latihan Industri (LI) selama 1 tahun 8 bulan. Manakala, Kursus Pengajaran TVET adalah selama 9 bulan merangkumi Metodologi Vokasional selama 3 bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf
Tempoh Pengajian
29 Bulan
Prospek Kerjaya
Melahirkan tenaga pengajar dan pekerja mahir di dalam memperkukuhkan profesionalisme TVET bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara.
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.

Syarat Kelayakan

1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon adalah :
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Had umur calon adalah :

Umur Minimum : 19
Umur Maksimum : 33


Dan

3. PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
3.1 Mempunyai Kelayakan SKM/DKM/DLKM bidang berikut:-

Eksekutif Automotif - Servis Selepas Jualan [TP-300-4] Atau

Eksekutif Automotif [P-080-4]


Dan

4. PERSIJILAN SPM
4.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Alamat
JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZURAINI BINTI ISMAIL
Telefon
0355438200
Emel
pengambilan@ciast.gov.my
Laman Web
www.ciast.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
i. Elaun sara diri dan;
ii. Asrama disediakan;
iii. Makan minum disediakan.

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN. PERMOHONAN KEMASUKAN HANYA MELALUI PORTAL https://mohon.tvet.gov.my

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;