Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)

DPU

Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udaradan Penyejukbekuan) direkabentuk untuk merangkumi seluruh disiplin semasa Kejuruteraan Mekanikal dengan pertambahan subjek pengkhususan di dalam bidang Penyamanan Udara dan penyejukbekuan. Kursus teras yang ditawarkan adalah terdiri daripada Kejuruteraan Mekanik, Teknologi Elektrik, Lukisan Kejuruteraan, Bengkel Amali Mekanikal, Teknologi Bengkel, Lukisan Terbantu Komputer, Termodinamik, Makmal Kejuruteaan, Mekanik Bendalir, Kajidaya Bahan, Pneumatik & Hidraulik, Projek, Teknologi Penyamanan Udara & Penyejukbekuan, Bengkel Amali Penyamanan Udara & Penyejukbekuan, Sistem Kawalan Penyamanan Udara & Penyejukbekuan dan Rekabentuk & Lukisan Sistem Penyamanan Udara. Kursus elektif pula adalah Pengurusan Penyenggaraan Komponen & Senggaraan Mekanikal, Pengurusan Industri dan Kawalan & Instrumen. Kursus teras yang biasa terdapat dalam program ini adalah Matematik Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, Sains Kejuruteraan, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk English for Professional Communication, Tamadun Islam Ko-Kurikulum dan Kemahiran Insaniah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan kendiri, berkeperibadian dan profesionalisma kearah bidang pekerjaan mereka.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di mana ia boleh digunakan secara meluas dalam kerjaya Kejuruteraan Mekanikal. Para pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan daripada program ini di mana member peluang kepada mereka kepasaran kerja seperti:

• Juruteknik Mekanikal
• Juruteknik Makmal
• Pelukis Plan
• Juruteknik Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
• Perekabentuk Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
• Penyelia Tapak Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
• Penyenggara Mekanik Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
• Penolong Jurutera Penyamanan Udara & Penyejukbekuan
• Pegawai Pemasaran Teknikal

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Alamat
BEG BERKUNCI 3094, KM 22, JALAN MATANG, 93050 KUCHING, SARAWAK
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
-
Telefon
082-845 596
Emel
i@poliku.edu.my
Laman Web
http://www.poliku.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;