Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

A62

TVETMARA LUMUT (INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT) , PERAK

Pengenalan Kursus

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera, Penasihat Servis Kenderaan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Taraf Warganegara
Warganegara Malaysia (Wajib)
Syarat Wajib
Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Taraf Bumiputera
Bumiputera
Syarat Wajib
Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ATAU Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Syarat Pilihan 1
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua (2) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

1. Lulus SPM

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2. Dua (2) kepujian mana-mana mata pelajaran

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Subjek yang diterima:
Paparan mengikut keputusan SPM calon

Subjek Yang Dikecualikan:

Kod Subjek Subjek
7207 PENJAGAAN MUKA DAN PENGGAYAAN RAMBUT
7303 TANAMAN MAKANAN
7202 KATERING DAN PENYAJIAN
7208 GERONTOLOGI ASAS DAN GERIATRIK
7302 AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI
2733 APRESIASI TARI
2741 LAKONAN
8871 MENGASUH DAN MEMBIMBING KANAK-KANAK
8531 PENGAJIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
3529 PENGAJIAN AGROTEKNOLOGI
8512 PATISSERIE
8865 TEKNOLOGI SENI KECANTIKAN
8522 DANDANAN RAMBUT
1450 MATEMATIK (MPAK)
1224 PENDIDIKAN ISLAM (MPAK)
1226 PENDIDIKAN MORAL (MPAK)
1120 BAHASA INGGERIS (MPAK)
ATAU
Syarat Pilihan 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

Penyemburan Cat Automotif [TP-306-2:2012] Atau

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-2:2013] Atau

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-3:2013] Atau

Pembaikan Badan Kenderaan Automotif [G452-006-3:2019] Atau

PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018]

ATAU
Syarat Pilihan 3
Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 1) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00 2) Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104 3) PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67 4) Kompeten semua modul vokasional
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 2.00
PNG Vokasional : 2.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib C
ATAU
Syarat Pilihan 4
Lulusan Institut Kemahiran MARA (IKM) /Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)/Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Teknologi, dalam bidang berkaitan Dari LULUSAN Institut Kemahiran MARA (IKM)/Institut latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
Minimum CGPA : 2.00

DAN
04
Kriteria Utama
Umur
Umur mestilah sekurang-kurangnya 17 tahun sehingga 45 tahun
Syarat Wajib
Umur mestilah sekurang-kurangnya 17 tahun hingga 45 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45

DAN
05
Kriteria Utama
Tahap Kesihatan
Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
Syarat Wajib
Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA LUMUT (INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT)
Alamat
JALAN DATO SERI KAMARUDDIN
Negeri
PERAK
Penyelaras
SITI HAIDA BINTI MOKTAR
Telefon
05 - 6884401
Emel
haida.moktar@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN KERJAYA

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Dengan Kepujian (UTHM)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;