
Kursus TVET
IJAZAH SARJANA MUDA FILEM & TELEVISYEN DENGAN KEPUJIAN
APKFV3
Pengenalan Kursus
Melahirkan ilmuan dan karyawan yang terlatih, berilmu dan profesional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dalam pelbagai penerbitan filem dan televisyen serta penyelidikan ilmiah. Fakulti ini menawarkan pengajian yang menyeluruh dalam pelbagai bidang kemahiran dan pengkhususan seperti pengarahan, sinematografi, penyuntingan dan bunyi, rekaan produksi dan animasi. Kursus-kursus teras fakulti seperti teori, sejarah dan pengurusan produksi memperkukuh dan melengkapkan kurikulum pengajaran serta pembelajaran agar seimbang di antara ilmu teori dan praktis. Berbekalkan teras pendidikan dalam kesenian kesenian tradisional sebagai kursus wajib ASWARA, para pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghasilkan karya kreatif filem dan televisyen beridentitikan semangat dan jati diri budaya tempatan. Para pelajar diberi peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran yang luas melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajarannya berbentuk kelas teori, bengkel, tugasan di makmal dan studio, kajian lapangan, produksi, tayangan, filem, diskusi keilmuan bersama tokoh-tokoh akademik serta karyawan undangan dari industri dalam dan luar negara. Aktiviti-aktiviti peluasan khas fakulti seperti projek penerbitan dokumentari, cereka, animasi, di samping seminar dan bicara filem melengkapkan pelajar dengan ilmu praktis agar mereka bersedia mencurah kemahiran di industri setelah menamatkan pengajian.
Fakulti Penulisan Kreatif & Filem juga sentiasa melengkapkan kemudahan infrastruktur peralatan pembelajarannya setanding dengan penggunaan dan keperluan industri semasa. Para pelajar akan didedahkan dengan penggunaan peralatan produksi menggunakan format digital, High Definition (HD), dan serta peralatan pasca produksi seperti studio penyuntingan visual non-linear, studio rakaman dan penataan bunyi, studio animasi dan sebagainya. Barisan tenaga pensyarahnya pula terdiri daripada ilmuan dan karyawan yang diakui kepakaran serta pengalamannya dalam bidang akademik dan penggiat industri filem terkenal tanah air. Pendedahan luas melalui sistem pengajaran dan pembelajaran seimbang antara ilmu teori dan praktis, peralatan pembelajaran setanding dengan industri serta bimbingan daripada tenaga pensyarah berpengalaman telah melengkapkan graduan yang memenuhi kehendak industri serta mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan industri perfileman tanah air.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | C | |
1249 | SEJARAH | Wajib | C |
Atau
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Dari Kolej Vokasional
Minimum CGPA : 2.67
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai APEL Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Dari
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kolej Komuniti (SKK) Dari Kolej Komuniti
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) Dari
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Dari
Minimum CGPA : 2.00
Dan