Kursus TVET

IJAZAH SARJANA MUDA SENI REKA VISUAL DENGAN KEPUJIAN

ARKV2

Pengenalan Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual dengan Kepujian yang ditawarkan oleh ASWARA merupakan sebuah program yang dibentuk untuk memberi pengetahuan secara menyeluruh di dalam tiga bidang utama iaitu:

SENI HALUS

Pelajar akan didedahkan dengan cara penghasilan karya yang lebih dewasa dan kritis dalam menjadi pengkarya seni tampak yang mampu bersaing di dalam industri seni visual negara.

SENI GRAFIK

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran teori dan praktikal dalam mengolah seni digital melalui penguasaan menggunakan perisian komputer dalam menjana rekaan seni grafik yang menepati kehendak industri semasa.

SINOGRAFI

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menterjemahkan teks berupa skrip dan sinopsis produksi kepada penghasilan rekaan seni latar dalam menjayakan sesebuah persembahan produksi seperti tv komersial, drama, filem, teater, tarian dan konsert muzik.

Pengajaran dan pembelajaran memberi lebih tumpuan kepada kemahiran praktikal berhubung dengan peranan, tugas, dan tanggungjawab seorang pereka di dalam sesebuah organisasi, tidak kira sama ada organisasi swasta atau kerajaan, di dalam bidang seni kreatif. Penekanan diberikan kepada pendidikan seni visual berbentuk teori, praktikal dan kemahiran dengan sokongan dan latihan daripada pensyarah dan guru yang bertauliah serta berpengalaman bagi melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelukis (Artist), Pereka Grafik (Graphic Designer), Pengarah Artistik (Artistic Director), Pengarah Teknikal (Technical Director), Pengarah Seni Visual (Art Visualizer), Pereka Produksi (Production Designer), Pengarah Seni (Art Director), Pereka Set (Set Designer), Pereka Prop (Prop Designer), Pereka Kostum (Costume Designer), Pereka Solekan (Make-up Designer), Pereka Multimedia (Multimedia Designer), Jurufoto (Photographer), Pelukis papan cerita (Storyboard Artist) dan Pereka tatacahaya (Lighting Designer)

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib C
1249 SEJARAH Wajib C

Atau

1.2

Atau

1.3

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Dari Kolej Vokasional
Minimum CGPA : 2.67


Atau

1.4

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai APEL Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.5

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.6

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kolej Komuniti (SKK) Dari Kolej Komuniti
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.7

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.8

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Dari
Minimum CGPA : 2.00


Dan

2. Syarat Khusus
2.1

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Alamat
464 JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
NURUL SHAZWANEE BINTI OTHMAN
Telefon
03-2778 5999/ 6097
Emel
marzuki@aswara.edu.my / nurulshazwanee@aswara.edu.my
Laman Web
www.aswara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Tiada.
;