
Kursus TVET
DIPLOMA SENI HALUS
ASHRKV
Pengenalan Kursus
Program Diploma Seni Halus merupakan sebuah pengajian yang mempunyai matlamat tinggi untuk melahirkan karyawan, seniman, pelukis, pengarca, penghayat seni yang berilmu, kreatif, beradab dan profesional. Tumpuan diberikan kepada pendidikan seni berbentuk teori dan kemahiran praktikal dengan sokongan latihan dari adiguru-adiguru negara berteraskan warisan dan budaya tradisi tempatan. Program ini memberi penekanan khusus terhadap bidang seni tampak merangkumi:
SENI CATAN
Pelajar akan didedahkan kepada elemen dan prinsip seni catan di samping menguasai teknik-teknik dan menggunakan bahan-bahan catan dengan kreatif. Mereka akan dilatih untuk menghasilkan karya catan yang mampu bersaing di dalam industri seni tampak negara.
SENI CETAKAN
Pelajar akan didedahkan kepada pemikiran dan pemahaman bahasa seni cetak selain memahami kaedah medium, teknik-teknik seni cetakan konvensional dan pengendalian bahan cetakan secara kreatif seterusnya mampu berkarya dengan menerapkan unsur-unsur tradisi tempatan.
SENI ARCA
Pelajar akan didedahkan dengan pemahaman teori dan praktikal seni arca berlandaskan warisan termasuk cara pengolahan seni tiga dimensi, penguasaan bahan dan kesesuaian teknik penggunaan teknologi. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemampuan penghasilan arca sezaman bercirikan seni budaya tradisional yang selari dengan aliran zaman.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | C | |
1249 | SEJARAH | Wajib | C |
Atau
Seni Visual [IT-065-3:2016]
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut; Kepujian Bahasa Melayu 1104; Kompeten semua modul vokasional; dan Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) Dari Kolej Vokasional
Minimum CGPA : 2.67
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu) Dari
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan Dari Malaysian Qualification Framework (MQF)
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C, dalam satu (1) mata pelajaran Dari
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul Dari
Minimum CGPA : 2.00
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon Dari
Minimum CGPA : 0.00
Dan