
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
1. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran supaya pelatih boleh menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan dalam bidang penyelenggaraan dan baik pulih penyaman udara kenderaan yang memenuhi kehendak pasaran dan mengikut standard industri.
2. Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat :
i. Menyediakan laporan berkala pengemasan bengkel serta melaksanakan kerja servis dan pembaikan sistem penyaman udara kenderaan dengan mematuhi arahan kerja dari pengeluar kenderaan yang berkaitan;
ii. Melaksanakan kerja-kerja penyelanggaraan sistem pelinciran dan penyejukkan enjin dengan mematuhi arahan kerja dan pengeluar kenderaan yang berkaitan; dan
iii. Menguruskan perniagaan dengan efisyen dan kos optimum atau bekerja dalam bidang servis penyamanan udara kenderaaan.
3. Latihan industri selama tiga bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka dalam kerjaya kedua.
Maklumat Latihan TVET
1. Usahawan
2. Berniaga sendiri
3. Berkerja dengan majikan dalam bidang yang dipelajari