
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
1. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran supaya pelatih boleh menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan dalam bidang usahawan bengkel kimpalan yang memenuhi kehendak pasaran dan mengikut standard industri.
2. Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat :
i. Menyediakan laporan berkala keselamatan bengkel kimpalan dan melaksanakan proses kerja mengenal logam serta membuat lukisan lakaran projek dengan mematuhi arahan kerja yang berkaitan;
ii. Melaksanakan kerja-kerja pembuatan jeriji pintu, tingkap, awning, perabot logam dan produk kraf logam dengan mematuhi arahan kerja yang berkaitan; dan
iii. Menguruskan perniagaan dengan efisyen dan kos optimum atau bekerja dalam bidang usahawan bengkel kimpalan.
3. Latihan industri selama tiga bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka dalam kerjaya kedua.
Maklumat Latihan TVET
1. Usahawan
2. Berniaga sendiri
3. Berkerja dengan majikan dalam bidang yang dipelajari
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Sijil PERHEBAT
2. Kad Hijau - CIDB