
Kursus TVET
Diploma Pengajian Perniagaan
DPM
Pengenalan Kursus
Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk hadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menawarkan program ini berserta Pensijilan Tahfiz Al-Quran Politeknik KPT – JAKIM di bawah program TECHNO HUFFAZ.
Maklumat Latihan TVET
• Penolong Pembantu tadbir
• Penolong Pengurus
• Eksekutif Pemasaran dan Jualan
• Eksekutif Sumber Manusia
• Usahawan
• Usahawan e-dagang
• Pegawai Pembangunan Perniagaan
• Penyelidik Perniagaan
• Pegawai Operasi
• Pegawaiatau Agen Insuran
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
31400 IPOH
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.