BACKHOE LOADER OPERATION TAHAP 2
BHL2
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terkawal. Peserta akan didedahkan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan operasi backhoe loader sebagai panduan dalam melaksanakan kerja mengikut piawaian yang ditetapkan.
Selain itu, kursus ini merangkumi kemahiran penilaian tempat kerja serta pemeriksaan prestasi teknikal backhoe loader bagi memastikan jentera berada dalam keadaan baik sebelum digunakan. Peserta juga akan mempelajari pengenalan peralatan dan sistem kawalan untuk memahami fungsi serta operasi jentera dengan lebih berkesan.
Seterusnya, latihan melibatkan kemahiran operasi seperti load shifting, trenching, levelling, spreading dan slope cutting & finishing, serta operasi loader dan backhoe mengikut prosedur yang betul. Penekanan juga diberikan kepada tatacara shut down selepas penggunaan jentera bagi memastikan keselamatan dan ketahanan peralatan.
Akhir sekali, kursus ini turut merangkumi penyelenggaraan dan penyenggaraan bagi memastikan backhoe loader sentiasa berada dalam keadaan optimum, selamat digunakan dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
UMUR
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Pemohon mestilah :
2. Pemohon sekurang-kuranya memilik lesen memandu kelas ‘L' dan keutamaan diberikan kepada pemegang lesen kelas ‘D’