CHARGEMAN A1 LOW VOLTAGE SYSTEM (WITHOUT POWER STATION)
CMA0
Pengenalan Kursus
Kursus Chargeman A1 direka untuk membangunkan kompetensi individu dalam mengendalikan, mengawasi, memeriksa dan menyelenggara pepasangan elektrik voltan rendah mengikut keperluan perundangan, standard teknikal serta amalan kerja selamat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Skop kursus ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran berkaitan prinsip asas elektrik, sistem bekalan elektrik voltan rendah, pengendalian peralatan elektrik, penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan asas, pengujian elektrik, pengesanan kerosakan, prosedur pengasingan bekalan (isolation), penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) serta pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Kursus ini juga memberi penekanan kepada pematuhan terhadap Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, keperluan Suruhanjaya Tenaga (ST), standard berkaitan yang berkuat kuasa serta prosedur operasi yang ditetapkan oleh organisasi dan pemilik pepasangan.
Pemegang Sijil Kecekapan Chargeman A1 yang sah adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelia pepasangan elektrik voltan rendah dalam had kompetensi yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Mereka hendaklah memastikan semua kerja pengendalian dan penyelenggaraan dilaksanakan secara selamat, sistematik dan mematuhi keperluan perundangan yang berkaitan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
AKADEMIK
1.
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Pemohon mestilah :
2. Menduduki peperiksaan spm atau setaraf dengannya