Kursus TVET

AIR-CONDITIONING AND MECHANICAL VENTILATION INSTALLATION & MAINTENANCE SUPERVISION

ACV2

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (TERENGGANU) SDN. BHD. , TERENGGANU

Pengenalan Kursus

"Sistem Air Conditioning and Mechanical Ventilation (Residential And Light Commercial) atau ACMV merupakan sistem penyaman udara yang sesuai dipasang di industri kecil, komersial atau di rumah.

Sistem penyaman udara ini merujuk kepada peralatan, sistem dan mekanisma yang direka bentuk untuk menstabilkan suhu udara dan persekitaran sesuati kawasan. Ini bertujuan untuk melahirkan suasana yang kondusif serta keselesaan kepada pengguna.

Atas sebab ini, permintaan juruteknik penyaman udara yang mahir, berpengetahuan dan pengalaman ditekankan. Kerjaya sebagai seorang juruteknik penyaman udara mempunyai prospek yang luas untuk meningkatkan kerjaya mereka.

Antara operasi kerja juruteknik penyaman udara ialah menyelenggara sistem penyaman udara, membaikpulih kerosakan kecil pada sistem penyaman udara, memasang dan membuka sistem penyaman udara dan melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik penyaman udara.

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih mengenai sistem penyaman udara komersil, aspek-aspek amalan keselamatan dan etika kerja semasa berkerja, penggunaan alat-alatan pengujian dan penyelenggaraan yang berkaitan, fabrikasi dan penyambungan paip dan logam.
"

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
4 Bulan
Prospek Kerjaya
"Sektor pembinaan Malaysia dijangka berkembang antara 8% hingga 10% pada tahun 2016 berdasarkan jumlah projek yang dilaksanakan. Pertumbuhan ini dipacu oleh projek-projek infrastruktur kerajaan yang membantu memastikan sektor pembinaan tempatan terus berkembang secara konsisten. Perkembangan ini bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negara, malah turut memberi manfaat kepada rakyat melalui peluang pekerjaan dalam industri pembinaan.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, sistem ACMV lama dilihat kurang cekap berbanding sistem moden yang terdapat di pasaran hari ini. Sistem lama biasanya memerlukan kos operasi yang lebih tinggi, kurang memberi keselesaan kepada pengguna dan memberi kesan yang lebih besar kepada alam sekitar. Oleh itu, ramai pengguna kini mula beralih kepada sistem HVAC yang lebih baharu bagi menyokong konsep hijau, menjimatkan kos serta meningkatkan tahap keselesaan di rumah dan tempat kerja.

Selain itu, pengguna juga semakin memahami kepentingan penyelenggaraan sistem ACMV secara berkala kerana ia dapat memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Dengan jangkaan peningkatan pemasangan dan penyelenggaraan sistem ini, permintaan terhadap personel ACMV dijangka semakin meningkat. Secara tidak langsung, pasaran kerja yang berkaitan dengan bidang ACMV juga akan terus berkembang dalam industri pembinaan."-

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
AKADEMIK
Syarat Pilihan 1
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai PMR Dari
Minimum CGPA : 0.00

DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT AM
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
TEMUDUGA
Syarat Wajib
Pemohon mesti menghadiri sesi temuduga
1. Lulus Temuduga

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (TERENGGANU) SDN. BHD.
Alamat
JENAGOR, KUALA BERANG, TERENGGANU DARUL IMAN
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
En Mohd Diezul Aidey Bin Zakaria
Telefon
09-681 8327
Emel
trainingabmt@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-Sila rujuk portal Akademi Binaan Malaysia untuk maklumat Lanjut (www.akademibinaanmalaysia.com.my)
;