Kursus TVET
Pengenalan Kursus
-Kursus ini memberi pendedahan asas kepada peserta dalam bidang kerja bata yang merangkumi aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, penggunaan bahan dan alatan, penyediaan kawasan kerja serta pelaksanaan kerja-kerja pembinaan bata. Peserta akan dibimbing untuk memahami prosedur kerja yang betul bermula daripada kerja rancang tanda, bancuhan mortar, pembinaan tembok bata sehingga kepada kerja bata hiasan.
Melalui kursus ini, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan untuk melaksanakan kerja bata dengan kemas, selamat dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kursus ini sesuai kepada individu yang berminat untuk membina asas kemahiran dalam bidang pembinaan serta berpotensi untuk melanjutkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dalam industri binaan.