Kursus TVET

SIJIL PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN (SKM TAHAP 3)

A032-002-3:2017

KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT , PERAK

Pengenalan Kursus

Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan makanan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenal pasti 61 kawasan seluas 36,743 hektar untuk dijadikan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di seluruh negara. ZIA merupakan satu konsep pembangunan baru bagi memastikan pembangunan akuakultur di negara ini dapat dilaksanakan secara terancang dan lestari.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
• PENYELIA OPERASI AKUAKULTUR MARIN
• PEMBANTU PENYELIA OPERASI AKUAKULTUR MARIN

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Memiliki Salah Satu (1) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Seperti Berikut :

OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017] Atau

Juruteknik Akuakultur [AF-030-2] Atau

Juruteknik Rendah Akuakultur [Y-021-2]

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah Berumur

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT
Alamat
Negeri
PERAK
Penyelaras
NOR FADILAH BINTI JALALI
Telefon
056906000
Emel
kpml@dof.gov.my
Laman Web
www.kpkm.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja oleh Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Yuran Pendaftaran : RM 330.00
**Perubahan jumlah yuran pendaftaran bergantung kepada keadaan semasa**

Elaun :
a) RM 200 sebulan dibayar sepanjang menjalani Latihan Kemahiran di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
b) RM 300 sebulan dibayar semasa menjalani Latihan Industri (LI) selama 3 bulan.

Penginapan Disediakan Secara Percuma
- pelatih diwajibkan tinggal di asrama Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Makan dan Minum Disediakan Secara Percuma
- makanan disediakan 4 kali sehari

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;