ALUMINIUM FRAMEWORK FABRICATION LEVEL 1
FWA1
Pengenalan Kursus
Kursus Aluminium Framework Fabrication Level 1 memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan kemahiran kerja fabrikasi kerangka aluminium yang digunakan dalam industri pembinaan dan kemasan bangunan. Peserta akan diperkenalkan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, penggunaan alatan tangan dan mesin mudah alih, jenis bahan aluminium, aksesori serta kaedah pengukuran dan pemotongan bahan.
Melalui latihan teori dan amali, peserta akan mempelajari asas penyediaan bahan, pemasangan komponen, penyambungan kerangka aluminium serta pemeriksaan hasil kerja supaya kemas, tepat dan mengikut spesifikasi. Kursus ini bertujuan membina kemahiran asas peserta dalam kerja fabrikasi aluminium sebagai persediaan untuk menceburi bidang pembinaan, kerja kemasan bangunan, pembuatan pintu, tingkap, partition dan struktur aluminium ringan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)