Kursus TVET

SIJIL PENGELUARAN MAKANAN (PEMPROSESAN) (TAHAP 3)

C107-002-3:2020

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Program ini direka khas untuk membekalkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan holistik dalam menguruskan keseluruhan rantaian pengeluaran makanan. Ia merangkumi tahap pengurusan bahan mentah, pesanan pengeluaran, penyelenggaraan jentera, pemprosesan produk makanan sedia dimakan (RTE), kawalan kualiti, hingga kepada penyeliaan tenaga kerja secara efektif mengikut piawaian industri.

Pada akhir program ini, pelatih hendaklah terampil dan mampu untuk:

1. Mengurus & Mengendalikan Bahan Mentah
Memastikan bahan mentah yang diterima tepat seperti pesanan, dikendalikan dengan kaedah yang betul, disimpan dengan selamat (mengikut kawalan suhu dan aliran stok), serta menepati kriteria keselamatan dan persijilan industri makanan (Halal, GMP, HACCP, MeSTI).

2. Mengurus Penyediaan Pesanan Pengeluaran Produk
Melaksanakan pengendalian maklumat pesanan aktiviti pengeluaran secara sistematik, terancang, dan berjadual menerusi pengesahan kehendak pesanan, semakan inventori, serta pelaporan status pengeluaran.

3. Menyelaraskan Penyelenggaraan Mesin & Peralatan Pemprosesan
Menyelaraskan aktiviti penyelenggaraan rutin, pencegahan (preventive maintenance), dan berkala/baik pulih supaya mesin serta peralatan pengeluaran sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi secara konsisten, dan menepati sasaran pelan pengeluaran.

4. Melaksanakan Operasi Pemprosesan & Pembungkusan Produk Ready-To-Eat (RTE)
Menghasilkan pelbagai produk makanan RTE (berasaskan ikan, daging, buah/sayur, tenusu, dan bakeri) yang berkualiti mengikut formulasi, teknik pemprosesan, pembungkusan pelbagai peringkat dan pelabelan.

5. Melaksanakan Kawalan Kualiti (QC) & Pengurusan Dokumen
Memastikan aktiviti pengeluaran berjalan lancar dan bersistematik menerusi pemeriksaan kualiti, pengurusan inventori, jalinan hubungan audit industri (dalaman/luaran), penyelarasan Dokumen Operasi Standard (SOP).

6. Menyelia & Membangunkan Personel Pemprosesan Makanan
Menyelia kakitangan pengeluaran agar sentiasa terlatih dan berdisiplin menerusi pengendalian taklimat aktiviti, agihan tugasan dan pelan kontingensi, penyelarasan penilaian prestasi secara adil, serta pelaksanaan latihan dalaman berdasarkan analisis jurang kompetensi (TNA).

Secara keseluruhannya, kursus ini mengintegrasikan pematuhan ketat terhadap aspek Akta Makanan 1983 / Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), serta Amalan Persekitaran Hijau (3R) untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan penyelia industri makanan yang berkaliber, berdisiplin, dan berdaya saing.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Bidang pemprosesan makanan membuka peluang kerjaya yang luas dalam industri pembuatan dan pengeluaran makanan. Graduan daripada program ini mempunyai kemahiran merangkumi pengendalian bahan mentah, operasi pemprosesan, kawalan kualiti, penyelenggaraan mesin, hingga penyeliaan pekerja.

1. Pembantu Penyediaan Makanan – Membantu dalam kerja-kerja mengasing, membersih, memotong, mencampur ramuan, dan menyediakan bahan mentah sebelum proses pengeluaran bermula.

2. Juruteknik Kawalan Kualiti – Memastikan bahan mentah, proses pengeluaran, dan produk akhir menepati standard kualiti serta keselamatan.

3. Eksekutif / Jawatankuasa Halal & Keselamatan Makanan – Mengurus dan memastikan pematuhan piawaian Halal (JAKIM), GMP, HACCP, dan MeSTI dalam premis.

4. Pengendali Bahan Mentah & Inventori – Menguruskan perolehan, gred, penerimaan, dan penyimpanan bahan mentah serta stok kilang.

5. Penyelia Penyelenggaraan Mesin Pemprosesan – Menyelaraskan jadual servis, pembersihan, dan penyelenggaraan jentera pengeluaran makanan.

6. Usahawan – Memulakan perniagaan jenama makanan sendiri mengikut piawaian industri.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis
Syarat Pilihan 1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2

1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 3
Menduduki Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Perlu lampirkan STM daripada institusi tahfiz anda untuk makluman dan rujukan pihak pengurusan.
1. Jenis Sijil/Diploma : Sijil
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah Berumur

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA
Alamat
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga
Negeri
KEDAH
Penyelaras
PAHIRAH BINTI MOKHTAR
Telefon
049229008
Emel
kpm.kedah@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Elaun sara diri diberi sebanyak RM200.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;