Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Lightweight Panel Installation Level 1 memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan kemahiran pemasangan panel ringan yang digunakan dalam kerja pembinaan dan kemasan bangunan. Peserta akan diperkenalkan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, penggunaan alatan dan kelengkapan, pengenalan jenis panel ringan, bahan sokongan serta kaedah pengukuran dan penyediaan kawasan kerja.

Melalui latihan teori dan amali, peserta akan mempelajari teknik pemotongan, penyusunan, pemasangan dan penyambungan panel ringan dengan betul, kemas dan selamat. Kursus ini bertujuan membina kemahiran asas peserta dalam kerja pemasangan panel ringan sebagai persediaan untuk menceburi bidang pembinaan, pemasangan dinding dalaman, partition, kemasan bangunan dan sistem binaan ringan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 1 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Pilihan Lain-lain E

Atau

1.2 Tamat tingkatan 3 dan Keatas

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT AM
4.1 Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. Pemohon mestilah :
5.1 Pemohon mesti :
1. Menghadiri dan lulus temuduga

Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
-

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN. BHD.
Alamat
LOT 2991 & 2992, JALAN SINTOK - PADANG SANAI, MUKIM TEMIN, SINTOK, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SITI ZAITON BINTI ABU BAKAR
Telefon
04-9242200
Emel
trainingabmu@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Akademi Binaan Malaysia Atau Layari akademibinaan.com.my
;