Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Slinger & Rigger Level 1 (SRR1) memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan kemahiran kerja mengikat, mengangkat, mengalih dan mengawal beban menggunakan peralatan rigging yang sesuai. Peserta akan diperkenalkan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, pengenalan alatan mengangkat, aksesori rigging, kaedah pemilihan peralatan serta asas komunikasi isyarat semasa operasi mengangkat.
Melalui latihan teori dan amali, peserta akan mempelajari teknik asas mengikat beban, menentukan kaedah angkatan yang selamat, memeriksa peralatan rigging serta membantu operasi mengangkat di tapak kerja mengikut prosedur yang betul. Kursus ini bertujuan membina kemahiran asas peserta dalam kerja slinging dan rigging sebagai persediaan untuk menceburi bidang pembinaan, industri berat, logistik, penyelenggaraan, minyak dan gas serta kerja-kerja pengangkatan menggunakan kren atau peralatan mengangkat.
Maklumat Latihan TVET
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan