THREE PHASE WIREMAN AND TESTING ENDORSEMENT
WPW4
Pengenalan Kursus
Kursus Three Phase Wireman and Testing Endorsement (WPW4) memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran pendawaian elektrik tiga fasa serta pengujian pepasangan elektrik mengikut prosedur kerja yang betul dan selamat. Peserta akan diperkenalkan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, penggunaan peralatan elektrik, bahan pendawaian, sistem bekalan tiga fasa, litar kawalan serta kaedah pemasangan dan pemeriksaan pepasangan elektrik.
Melalui latihan teori dan amali, peserta akan mempelajari kerja pendawaian tiga fasa, pengujian keselamatan, pemeriksaan litar, pengesanan kerosakan asas dan penyediaan sistem elektrik yang kemas serta mematuhi keperluan industri. Kursus ini bertujuan membina kemahiran peserta dalam bidang pendawaian elektrik tiga fasa sebagai persediaan untuk menceburi kerjaya dalam sektor kontraktor elektrik, penyelenggaraan bangunan, industri, komersial dan perkhidmatan teknikal elektrik.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
1.
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1449 | MATEMATIK |
UMUR
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Pemohon mestilah :
2. Menduduki peperiksaan spm atau setaraf dengannya