
Kursus TVET
Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
DHF
Pengenalan Kursus
Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal memperkenalkan pelajar kepada amalan halal dalam industri perkhidmatan makanan. Ia menyediakan pemahaman yang luas serta kompetensi yang diperlukan dalam industri perkhidmatan makanan halal seperti profesionalisma dan perkhidmatan pelanggan, pengetahuan asas makanan halal dan industri makanan, standard halal, sanitasi di dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan timur dan barat, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, undang-undang makanan dan aspek undang-undang, operasi perkhidmatan makanan komersil, pengurusan acara, kawalan kos makanan dan minuman dan pengurusan sumber manusia.
Amalan hospitaliti mesra muslim dan rekabentuk susun atur kemudahan perkhidmatan makanan juga diterapkan di dalam program ini. Ia menggabungkan amali dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar akan menjalani enam bulan latihan industri yang berstruktur untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan supaya mereka memasuki alam pekerjaan dengan penuh dedikasi setelah tamat pengajian.
Maklumat Latihan TVET
- Penyelia Makanan dan Minuman
- Penyelia Restoran
- Eksekutif Halal (Muslim Sahaja)
- Usahawan
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27
- Pegawai Kualiti Makanan
- Pegawai Jaminan Kualiti Makanan
- Penyelia Penjualan Makanan
- Eksekutif Perkhidmatan Makanan
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.