
Kursus TVET
Diploma Akauntansi
DAT
Pengenalan Kursus
Diploma Akauntansi digubal khususuntuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang-bidang seperti perakaunan, kewangan, pengauditan, percukaian, perakaunan kos dan juga pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Pelajar bukan sahaja diajar secara teori asas kewangan dan perakaunan, malah mereka juga diberi pendedahan kepada pengalaman sebenar melalui program latihan industri. Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang berfikiran usahawan. Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC. Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan.Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.
Maklumat Latihan TVET
• Pembantu Akauntan
• Penolong Pengawal Kewangan
• Penolong Juruaudit
• Juruteknik Cukai
• Usahawan
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.