Kursus TVET

Diploma Sistem Maklumat Perniagaan

DBS

Pengenalan Kursus

Diploma Sistem Maklumat Perniagaan menyediakan pelajar secara menyeluruh tentang kepentingan system maklumat perniagaan di dalam organisasi. Program ini menyediakan pemahaman yang jelas kepada pelajar mengenai pesekitaran perniagaan yang meliputi aspek perakaunan, ekonomi, keusahawanan, sumber manusia, pengurusan, pemasaran dan sains keputusan. Bidang utama di dalam system maklumat perniagaan ialah e-Dagang, Sistem Sokongan Keputusan, Pengurusan Projek, Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Pengurusan Rantaian Pembekalan, Pembangunan Aplikasi Perniagaan dan Komunikasi Data Perniagaan. Pelajar juga dilengkapi pelbagai kemahiran mengenai penggunaan system maklumat perniagaan melalui pengajaran dan pembelajaran yang inovatif khususnya untuk menganalisis maklumat perniagaan dalam pembangunan pangkalan data. Kemahiran ini membolehkan pelajar mengenalpasti masalah, menganalisis data, membuat keputusan dan mewujudkan sistem maklumat perniagaan dengan lebih kompeten.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Sistem Maklumat Perniagaan akan memulakan kerjaya sebagai:

• Pembangun/ Pengaturcara Web
• Pengaturcara Aplikasi
• Pembantu Sistem Analisis
• Pembantu Perunding IT
• Pembantu Pembangun Pangkalan Data
• Penolong Pentadbir Pangkalan Data
• Penganalisis Pengurusan
• Pembantu Data Analisis
• Pembantu Sistem Komputer Analisis
• Penganalisis Perniagaan
• Pembangun Aplikasi Perniagaan
• Usahawan Digital
• Eksekutif Perniagaan
• Eksekutif Pentadbiran
• Perancang Perniagaan
• Eksekutif Pemasaran Junior

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK NILAI
Alamat
KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK,71760,BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-7980400
Emel
-
Laman Web
https://pns.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;