Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)

DPE

Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) direka bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal sebagai seorang juruteknik proses dalam industri petroleum dan petrokimia yang merangkumi disiplin seperti operasi loji, servis peralatan dan penyelesaian masalah dalam proses loji. Pendekatan pembelajaran adalah secara teori dan praktikal di dalam bengkel, mini loji ,simulasi proses loji dan makmal.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan proses pengkhususan dalam industry petrokimia yang mana boleh diaplikasikan dengan meluas untuk karier dalam bidang kejuruteraan proses (Petrokimia). Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi dalam program ini akan melayakkan mereka untuk menceburi di dalam pasaran sebagai :

• Pembantu Jurutera
• Juruteknik Proses
• Penyelia Proses
• Juruteknik Am

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL, PAGOH
Alamat
HUB PENDIDIKAN PAGOH,84600,MUKIM JORAK, MUAR, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
-
Telefon
06-9742288
Emel
ptsn@ptsn.edu.my
Laman Web
http://ptsn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;