
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Kimia
DCE
Pengenalan Kursus
Diploma Kejuruteraan Kimia telah direkabentuk untuk memenuhi ruang disiplin terkini kejuruteraan kimia dan teknologi kimia. Ini akan memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam pembangunan kerjaya mereka.Program menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing selari dengan perkembangan teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia. Pendekatan latihan adalah melalui teori and amali seperti pengoperasian bengkel, loji mini, simulasi proses danujikaji di makmal. Secara ilmiah, pengetahuan dalam kejuruteraan kimia terangkum dalam beberapa kursus berkaitan (Kualiti Alam Sekitar dan Kawalan Pencemaran, Tindak balas Kimia, Kimia Organik dan Sains Bahan). Beberapa kursus pengkhususan adalahChemical Reaction Engineering, Plant Engineering Drawing, Chemistry 2, Material Science dan Material Strength. Kursus-kursus seperti Polymer Engineering, Catalyst in Industry and Water dan Wastewater Engineering ditawarkan sebagai kursus elektif untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang disiplin yang berlainan dalam kejuruteraan kimia.
Maklumat Latihan TVET
• Juruteknik Proses / Process technician
• Penolong Pegawai Penyelidik / Assistant Researcher Officer
• PenolongPegawai Penguatkuasa / Assistant Enforcement Officer
• PembantuMakmal / Laboratory Assistant
• Pemeriksa Kawalan Kualiti / Quality Assurance Inspector
• Penolong Pegawa iAlam Sekitar / Environmental Assistant Officer
• Penyelia / Supervisor
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.