Kursus TVET

Diploma Teknologi Makanan

DTM

Pengenalan Kursus

DIPLOMA DALAM TEKNOLOGI MAKANAN dibangunkan untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan, sektor kerajaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Struktur program memberi tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan Kualiti Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Analisis makanan menggunakan Instrumen terkini dan kursus elektif.

Pemprosesan makanan terdiri daripada Teknologi Produk berasaskan Ternakan dan Teknologi Produk Tanaman. Bidang Teknologi Makanan juga merangkumi aspek penilaian makanan daripada segi kandungan mikroorganisma serta penghasilan produk makanan menggunakan mikroorganisma yang banyak diaplikasikan dalam industri. Kursus lain termasuklah kajian tentang kandungan Kimia dalam Makanan, Biokimia Makanan, Asas Statistik untuk Sains Makanan, Keselamatan Makanan, Analisis Kualiti Makanan, Asas Kejuruteraan Makanan, Pembungkusan Makanan, Pengawetan Makanan, Teknologi Lepas Tuai, Analisa Penilaian Deria Makanan, Pemakanan dan Kesihatan , Teknologi Lemak dan Minyak, Teknologi Bakeri dan Projek Inovasi Produk Makanan Baharu. Bahasa Inggeris untuk Komunikasi, Matematik Kejuruteraan dan pengajian Malaysia juga turut diajar dalam program ini.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Para graduan boleh mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti institusi pendidikan, industri makanan, syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sektor kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Manusia dan sektor swasta seperti industri makanan, makanan segera, industri kimia dan industri pembungkusan. Pekerjaan yang berpotensi termasuk:

- Penolong pengurus
- Pembantu Mikrobiologi
- Penolong Jurutera
- Penolong Penganalisis Makanan
- Penolong Inspektor Makanan
- Penolong Pegawai Pemakanan dan Kesihatan
- Juruteknik Makmal
- Eksekutif Pengeluaran
- Juruteknik Pengisaran (Miller)
- Penolong Eksekutif Kawalan Mutu Makanan
- Penyelia
- Eksekutif Pemasaran
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Penolong Pegawai Teknologi Makanan
- Penyelia Jaminan Kualiti Makanan
- Eksekutif Pembelian
- Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL, PAGOH
Alamat
HUB PENDIDIKAN PAGOH,84600,MUKIM JORAK, MUAR, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
-
Telefon
06-9742288
Emel
ptsn@ptsn.edu.my
Laman Web
http://ptsn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;