Kursus TVET

SIJIL SENI REKA PAKAIAN

CAD

Pengenalan Kursus

Program Sijil Senireka Pakaian (CAD) ditawarkan meliputi fesyen, ilustrasi, lakaran pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan. Program ini dijalankan secara teori dan amali serta memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam bidang senireka dan jahitan.

Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan sulaman, ilustrasi fesyen, sejarah pakaian, kajian, pemerhatian dan eksperimen dalam menghasilkan pakaian. Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai berdasarkan hasil kerja serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang tempoh pengajian. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mereka pakaian tersendiri dalam menghasilkan rekaan melalui penyampaian koleksi akhir mereka.

Program Sijil Senireka Pakaian ini juga bermatlamat menyediakan graduan dengan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran kreatif asas, kemahiran teknikal dan keusahawanan untuk diamalkan dalam bidang ini secara berkesan dalam menyokong industri kreatif dan menyasar ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya sebagai
Tukang Jahit
Pembantu Pereka Fesyen (Assistant Designer)
Pengusaha Butik/ Usahawan
Pembuat Pola (Pattern Maker)
Pembuat Sampel (Sample Maker)
Pemotong fabrik (Cutter)
Production Supervisor
Pembantu Wardrobe

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia

Dan

2. Memiliki SPM atau setaraf dengan
2.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E

Dan

3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
3.1

Jahitan Pakaian Lelaki [C141-001-2:2017] Atau

Pembuatan Pakaian Wanita [TA-011-2:2012] Atau

Pembuatan Marker [C141-004-2:2018] Atau

OPERASI JAHITAN [TA-020-2:2014] Atau

PEMBUATAN POLA PAKAIAN [TA-021-2:2014]


Dan

4. Berumur tidak kurang 17 tahun
4.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

5. Kriteria lain
5.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Alamat
BUKIT PANCHOR, 14300 NIBONG TEBAL PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ALIAS BIN MUHAMMAD NOR
Telefon
04-5991100
Emel
perdatech@perda.gov.my
Laman Web
www.perda-tech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PROGRAM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PENUH DARI MQA

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
 Yuran Pengajian PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
 Elaun – RM250.00 sepanjang tempoh pengajian termasuk Latihan Industri
 Penginapan & Pakaian kursus disediakan
 Insuran Berkelompok
;