SENIOR BRICKLAYER
BRL2
Pengenalan Kursus
Kursus ini merangkumi beberapa kandungan utama iaitu pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel serta asas bantuan kecemasan, bagi memastikan peserta memahami prosedur keselamatan sebelum memulakan kerja. Seterusnya, peserta akan mempelajari persediaan bahan dan alatan untuk kerja-kerja bata sebagai langkah awal dalam memastikan kelancaran proses pembinaan.
Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada kemahiran melaksanakan kerja rancang tanda kawasan kerja bagi memastikan ketepatan dan susun atur binaan. Peserta juga akan diajar cara melaksanakan bancuhan mortar untuk kerja bata dengan teknik yang betul.
Dalam aspek praktikal, peserta akan berpeluang melaksanakan binaan tembok bata sebagai latihan utama, diikuti dengan kemahiran tambahan iaitu melaksanakan kerja bata hiasan untuk menghasilkan binaan yang lebih kemas dan estetik.
Maklumat Latihan TVET
Bekerja secara langsung di tapak pembinaan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan tembok, struktur bangunan, dan kemasan bata.
2. Kontraktor Pembinaan
Dengan pengalaman dan kemahiran, individu boleh menjadi kontraktor yang mengurus projek pembinaan sendiri, termasuk kerja bata untuk rumah, bangunan komersial, dan lain-lain.
3. Penyelia Tapak (Site Supervisor)
Mengawasi kerja-kerja pembinaan di tapak termasuk memastikan kerja bata dilaksanakan mengikut spesifikasi dan standard keselamatan.
4. Usahawan / Pekerja Sendiri
Menawarkan perkhidmatan kerja bata secara freelance seperti pembinaan pagar, tembok hiasan, atau renovasi rumah.
5. Tenaga Pengajar / Jurulatih
Berpeluang menjadi pengajar di institusi latihan kemahiran seperti kolej vokasional atau pusat latihan (contohnya CIDB) untuk melatih generasi baharu.
6. Pekerja Mahir di Luar Negara
Kemahiran penerapan bata juga mempunyai permintaan tinggi di luar negara, membuka peluang untuk bekerja dengan gaji yang lebih lumayan.
Syarat Kelayakan
AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai PMR Dari
Minimum CGPA : 0.00
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
TEMUDUGA
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB.