Kursus TVET

ARCHITECTURAL DRAUGHTSMAN

ABD2

ABM WILAYAH TENGAH , W.PERSEKUTUAN (KL)

Pengenalan Kursus

Architectural Draughtsman merangkumi pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan. Ia juga memperkenalkan peralatan, teknik, simbol, garisan dan tulisan asas senibina, di samping melaksanakan lukisan asas geometri. Pelajar akan melaksanakan kerja penyurihan semula lukisan kerja serta menghasilkan lukisan kerja untuk rumah kediaman satu tingkat dan lukisan-lukisan butiran terperinci. Selain itu, kursus ini melibatkan pengendalian mesin percetakan “blue print”, penghasilan lukisan berkomputer menggunakan Autocad, serta melaksanakan sistem penyusunan fail lukisan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
6 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi bidang Architectural Draughtsman adalah luas dan mendapat permintaan dalam sektor pembinaan, perundingan dan pembangunan hartanah. Graduan boleh bekerja sebagai pelukis pelan (draughtsman) di firma arkitek, syarikat kejuruteraan atau kontraktor pembinaan untuk menyediakan lukisan teknikal dan pelan bangunan.

Selain itu, peluang kerjaya termasuk sebagai pereka pelan CAD (AutoCAD drafter), pembantu arkitek atau juruteknik rekabentuk. Dengan pengalaman dan kemahiran, individu boleh berkembang ke jawatan yang lebih tinggi atau menjadi perunding bebas. Bidang ini juga menawarkan peluang keusahawanan serta kerjaya yang stabil dengan potensi pendapatan yang baik.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon mestilah sekurang-kurangnya:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT AM
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
TEMUDUGA
Syarat Wajib
Pemohon mesti menghadiri sesi temuduga
1. Lulus Temuduga

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ABM WILAYAH TENGAH
Alamat
LOT 8, JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Hasmawati Hasnan
Telefon
03-9200 2008
Emel
hasmawati@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Bidang dan Kursus adalah Terhad kepada kuota tajaan yang ditawarkan oleh CIDB Malaysia.
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.

Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .

Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB
;