WHEEL LOADER OPERATOR L2
LWH2
Pengenalan Kursus
Kursus Operasi Wheel Loader Tahap 2 diperkenalkan bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelatih dalam pengendalian jentera wheel loader secara selamat, cekap dan mengikut prosedur operasi yang ditetapkan. Kursus ini menekankan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, amalan kerja selamat di tapak atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan pelatih mampu melaksanakan tugasan dalam persekitaran kerja yang terkawal dan selamat.
Sepanjang kursus ini, pelatih akan didedahkan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan operasi wheel loader, keselamatan tapak, keselamatan diri serta keselamatan peralatan. Pelatih juga akan mempelajari asas reka bentuk mesin, penilaian tapak kerja, pemeriksaan pra-operasi ke atas mesin serta kemasan kerja bagi memastikan operasi dapat dijalankan dengan lancar, selamat dan produktif.
Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada tatacara pengendalian wheel loader termasuk kerja-kerja loading, levelling, spreading dan load shifting mengikut manual operasi. Pelatih juga akan dilatih mengenai tatacara shut-down serta penyelenggaraan dan penyenggaraan jentera bagi memastikan mesin sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Di akhir kursus, pelatih diharapkan mampu mengendalikan wheel loader dengan yakin, mematuhi peraturan keselamatan serta melaksanakan tugasan operasi mengikut prosedur kerja dan piawaian yang ditetapkan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
UMUR
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Pemohon mestilah :
2. Pemohon sekurang-kuranya memilik lesen memandu kelas ‘L' dan keutamaan diberikan kepada pemegang lesen kelas ‘D’