Kursus TVET

Pengenalan Kursus

1. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran supaya pelatih boleh menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan servis enjin kenderaan ringan yang memenuhi kehendak pasaran dan mengikut standard industri.

2. Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat :
i. Menyediakan laporan berkala pengemasan bengkel serta melaksanakan kerja servis dan pembaikan sistem penyejukan, pelinciran, bahanapi dan penyalaan enjin dengan mematuhi arahan kerja dari pengeluar kenderaan yang berkaitan;
ii. Menyelenggara dan membaiki sistem brek, suspense dan transmisi dengan mematuhi arahan kerja dari pengeluar kenderaan yang berkaitan;
iii. Melaksanakan servis penyaman udara dengan mematuhi arahan kerja dari pengeluar kenderaan yang berkaitan dan penyemburan cat kenderaan; dan
iv. Menguruskan perniagaan yang lebih efisyen dengan kos optimum atau bekerja dalam bidang servis enjin kenderaan ringan.

3. Latihan industri selama enam bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka dalam kerjaya kedua.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Peserta kursus berpeluang untuk meneruskan kerjaya kedua sebagai:
1. Usahawan
2. Berniaga sendiri
3. Berkerja dengan majikan dalam bidang yang dipelajari

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERHEBAT, SUNGAI BULOH
Alamat
PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA, KOMPLEKS PERHEBAT, KEM SUNGAI BULOH PETI SURAT 65, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
HALIZA BINTI UDIN
Telefon
03-61569412
Emel
bppkperhebat@gmail.com
Laman Web
www.perhebat.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Persijilan/Pengiktirafan:
1. Sijil PERHEBAT
;