SIJIL VETERINAR MALAYSIA
SVM
Pengenalan Kursus
Sijil Veterinar Malaysia (SVM) merupakan program latihan kemahiran dan teknikal dalam bidang veterinar yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya melalui Institut Veterinar Malaysia (IVM), Kluang, Johor sebagai pusat pengajiannya.
Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan (Putrajaya) melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan.
Antara bidang pembelajaran yang terlibat termasuk asas kesihatan dan pengurusan haiwan, pengendalian dan kebajikan haiwan, pencegahan serta kawalan penyakit haiwan, pengurusan ladang ternakan, keselamatan makanan berasaskan haiwan, amalan makmal veterinar, latihan industri dan kemahiran teknikal veterinar.
Pengambilan pelajar adalah setiap tahun dengan kemasukan ke IVM pada Julai/Ogos setiap tahun. Pengajian merupakan sepenuh masa (2 tahun). Calon pelatih akan menjalani kelas teori, melalui amali, latihan klinikal & lapangan dan menjalani latihan industri berkaitan program pengajian.
Maklumat Latihan TVET
• Usahawan ternak (lembu, kambing, rusa, kerbau, kuda, arnab dll)
• Klinik Veterinar
• Pet shop/pet boarding facility
• Perladangan
• Pemprosesan, rumah sembelihan
• Agro Pelancongan
• Usahawan makanan ternakan
• Usahawan produk hasilan ternakan
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
1. Pemohon hendaklah lulus SPM
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1249 | SEJARAH |
2. Pemohon hendaklah mendapat minima gred C dalam subjek Bahasa Melayu, minima gred D dalam Bahasa Inggeris & Matematik dan minima gred C dalam salah satu (1) mata pelajaran Sains.
Bahasa Melayu
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
Bahasa Ingeris & Matematik
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : D
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1119 | BAHASA INGGERIS |
| 1449 | MATEMATIK |
Sains Teras/Sains Elektif (Sains Tulen/Sains Gunaan & Teknologi/Sains Tambahan)
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1511 | SAINS |
| 4551 | BIOLOGI |
| 4531 | FIZIK |
| 4531 | FIZIK |
| 4541 | KIMIA |
| 4561 | SAINS TAMBAHAN |
| 3528 | SAINS PERTANIAN |
| PNG Keseluruhan : | 3.50 |
| PNG Akademik : | 3.00 |
| PNG Vokasional : | 3.50 |
| Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran | Wajib/Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|
| 1104 | BAHASA MELAYU | Wajib | C |
| 1251 | SEJARAH | Wajib | L |
PENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019] Atau
OPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022] Atau
Operasi Ladang Poltri [AF-071-3:2015]
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30
SYARAT TAMBAHAN
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
LAIN-LAIN SYARAT
Butiran Penyedia Latihan TVET
Km.13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 520 86009 Kluang Johor Darul Takzim
Lain-lain Maklumat
Maklumat lanjut mengenai syarat permohonan boleh rujuk laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Vetrinar di pautan https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/363.
Kepada yang berminat boleh memohon secara atas talian di portal UP_TVET di
https://mohon.tvet.gov.my/ bagi lepasan sijil SPM/Sijil Vokasional Malaysia (Agroindustri Ternakan Ruminan/ Agroindustri
Poltri)/SKM Ruminan Tahap 3/SKM Poltri Tahap 3.
Manakala bagi Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan memuat turun
borang permohonan di pautan https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/363 dan melalui kebenaran
Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani
Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya