Kursus TVET

SIJIL PERTANIAN

MQA/FA14191

INSTITUT PERTANIAN SERDANG , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program Sijil Pertanian dilaksanakan selama dua (2) tahun yang merangkumi lima (5) semester. Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam pengurusan tanaman, ternakan, tanah, perlindungan tanaman, kejuruteraan pertanian, landskap, perladangan, pemprosesan agromakanan, keusahawanan dan pemasaran. Pelajar turut didedahkan kepada penggunaan teknologi pertanian serta pengalaman industri bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, kompeten dan berdaya saing dalam sektor pertanian.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Sijil Pertanian mempunyai peluang kerjaya dalam bidang berikut:

1. Keusahawanan pertanian dan agromakanan

2. Sektor kerajaan atau swasta, antaranya:

* Penolong Pegawai Pertanian
* Pembantu Penyelidik
* Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
* Penyelia Ladang
* Juruteknik Pembangunan Usahawan
* Penyelia Projek
* Penyelia Pengeluaran Benih
* Pengurus Landskap Hortikultur
* Penyelia Padang Golf
* Pengurus Khidmat Katering
* Eksekutif Jualan

3. Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib

1. LULUS SPM

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2. LULUS MATEMATIK

SEKURANG-KURANGNYA GRED E

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK

3. SEKURANG-KURANGNYA LULUS SALAH SATU MATAPELAJARAN BAGI ALIRAN SAINS ATAU KREDIT SALAH SATU MATAPELAJARAN ALIRAN BUKAN SAINS

KUMPULAN ALIRAN SAINS

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
4531 FIZIK
4541 KIMIA
4551 BIOLOGI

KUMPULAN BUKAN SAINS

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1511 SAINS
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL
2280 GEOGRAFI
3756 PRINSIP PERAKAUNAN
3766 PERNIAGAAN
3729 PERTANIAN
3763 REKA CIPTA
7301 LANDSKAP DAN NURSERI
7303 TANAMAN MAKANAN
7202 KATERING DAN PENYAJIAN
7203 PEMPROSESAN MAKANAN
7302 AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI
3770 SAINS KOMPUTER
4581 APPLIED SCIENCE
8604 PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN
8882 PENGELUARAN TERNAKAN
3528 SAINS PERTANIAN
8883 HORTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP
3529 PENGAJIAN AGROTEKNOLOGI
3768 ASAS KELESTARIAN
3754 PENGAJIAN KEUSAHAWANAN
3755 PERDAGANGAN
8601 KEJENTERAAN PERTANIAN
8884 KEJENTERAAN LADANG
8885 PENGURUSAN LADANG
3767 EKONOMI
4561 SAINS TAMBAHAN
3769 SAINS RUMAH TANGGA
DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
PEMOHON MESTILAH WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
BERUMUR 18 HINGGA 25 TAHUN

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 25

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT PERTANIAN SERDANG
Alamat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHD NAZRI BIN JOHAR
Telefon
03-89390300
Emel
ips@doa.gov.my
Laman Web
www.doa.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Struktur pengajian terdiri daripada Kursus Umum, Kursus Teras dan Kursus Pengkhususan. Kursus Umum membangunkan kemahiran insaniah, manakala Kursus Teras memberikan asas pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian. Pelajar seterusnya memilih satu daripada enam bidang pengkhususan mengikut minat dan kecenderungan masing-masing:

Pengeluaran Tanaman Makanan
Pemprosesan Hasil Pertanian
Landskap
Pengurusan Ternakan
Pengurusan Estet
Mekanisasi Ladang

Pengajian ini ditaja sepenunya oleh kerajaan. Pelajar juga akan menerima elaun sara diri sebanyak RM200.00 sebulan serta kemudahan penginapan, makan dan minum secara percuma sepanjang tempoh pengajian.
;