Kursus TVET

SIJIL PERTANIAN

MQA/FA14279

Pengenalan Kursus

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pengurusan pengeluaran tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan, pengurusan ternakan seperti lembu, kambing, ayam, itik, puyuh dan penternakan ikan air tawar, pemprosesan hasil pertanian, kejuruteraan pertanian, pengurusan landskap, estet dan keusahawanan serta pemasaran. Sijil Pertanian ditawarkan kepada induvidu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan Negara. Program Sijil Pertanian dilaksanakan meliputi 70% Latihan secara praktikal dan 30% secara teori.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
graduan Sijil Pertanian akan dapat memenuhi keperluan pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti berikut:
i. Prospek kerjaya dalam bidang keusahawanan

ii. Laluan kerjaya dalam sektor kerajaan atau swasta:
• Penolong Pegawai Pertanian
• Pembantu Pertanian
• Pembantu Penyelidik
• Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
• Penyelia Ladang
• Juruteknik Pembangunan Usahawan
• Penyelia Projek
• Penyelia Pengeluaran Benih
• Pengurus Landskap Hortikultur
• Penyelia Padang Golf
• Pengurus Khidmat Katering
• Eksekutif Jualan

iii. Laluan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT PERTANIAN SARAWAK, SEMONGOK
Alamat
KM 20, JALAN KUCHING/SERIAN, SEMONGGOK,
KUCHING
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
HAZ ATIKA BINTI HALFEEZ
Telefon
082-611341
Emel
ipss.doaswk@sarawak.gov.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pertanian dengan memberi penekanan kepada pengurusan pengeluaran tanaman buah-buahan, sayuran dan kontan, pemprosesan dan pemasaran. Kursus Umum memberi kemahiran insaniah dan Kursus Teras merupakan kursus yang berkaitan dengan asas pertanian. Kursus Pengkhususan pula disediakan bagi membolehkan pelajar memilih salah satu daripada enam (6) kursus pengkhususan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pendedahan tambahan yang lebih mendalam mengikut kecenderungan dan minat pelajar sebelum memasuki tahun akhir pengajian. Pilihan pengkhususan boleh dibuat diakhir semester berdasarkan kepada 6 pengkhususan yang ditawarkan seperti berikut:
1. Pengeluaran Tanaman Makanan;
2. Pemprosesan Hasil Pertanian;
3. Landskap;
4. Pengurusan Ternakan;
5. Pengurusan Estet; dan
6. Mekanisasi Ladang.
;