SIJIL PERTANIAN
MQA/FA10761
Pengenalan Kursus
Program Sijil Pertanian dilaksanakan selama dua (2) tahun yang merangkumi lima (5) semester. Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam pengurusan tanaman, ternakan, tanah, perlindungan tanaman, kejuruteraan pertanian, landskap, perladangan, pemprosesan agromakanan, keusahawanan dan pemasaran. Pelajar turut didedahkan kepada penggunaan teknologi pertanian serta pengalaman industri bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, kompeten dan berdaya saing dalam sektor pertanian.
Maklumat Latihan TVET
1. Keusahawanan pertanian dan agromakanan
2. Sektor kerajaan atau swasta, antaranya:
* Penolong Pegawai Pertanian
* Pembantu Penyelidik
* Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
* Penyelia Ladang
* Juruteknik Pembangunan Usahawan
* Penyelia Projek
* Penyelia Pengeluaran Benih
* Pengurus Landskap Hortikultur
* Penyelia Padang Golf
* Pengurus Khidmat Katering
* Eksekutif Jualan
3. Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan.
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
1. LULUS SPM
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
2. LULUS MATEMATIK
SEKURANG-KURANGNYA GRED E
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1449 | MATEMATIK |
3. SEKURANG-KURANGNYA LULUS SALAH SATU MATAPELAJARAN BAGI ALIRAN SAINS ATAU KREDIT SALAH SATU MATAPELAJARAN ALIRAN BUKAN SAINS
KUMPULAN ALIRAN SAINS
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 4531 | FIZIK |
| 4541 | KIMIA |
| 4551 | BIOLOGI |
KUMPULAN BUKAN SAINS
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1511 | SAINS |
| 2611 | PENDIDIKAN SENI VISUAL |
| 2280 | GEOGRAFI |
| 3756 | PRINSIP PERAKAUNAN |
| 3766 | PERNIAGAAN |
| 3729 | PERTANIAN |
| 3763 | REKA CIPTA |
| 7301 | LANDSKAP DAN NURSERI |
| 7303 | TANAMAN MAKANAN |
| 7202 | KATERING DAN PENYAJIAN |
| 7203 | PEMPROSESAN MAKANAN |
| 7302 | AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI |
| 3770 | SAINS KOMPUTER |
| 4581 | APPLIED SCIENCE |
| 8604 | PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN |
| 8882 | PENGELUARAN TERNAKAN |
| 3528 | SAINS PERTANIAN |
| 8883 | HORTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP |
| 3529 | PENGAJIAN AGROTEKNOLOGI |
| 3768 | ASAS KELESTARIAN |
| 3754 | PENGAJIAN KEUSAHAWANAN |
| 3755 | PERDAGANGAN |
| 8601 | KEJENTERAAN PERTANIAN |
| 8884 | KEJENTERAAN LADANG |
| 8885 | PENGURUSAN LADANG |
| 3767 | EKONOMI |
| 4561 | SAINS TAMBAHAN |
| 3769 | SAINS RUMAH TANGGA |
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 25
SYARAT TAMBAHAN
2. Bujang (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
32600 BOTA ,
PERAK DARUL RIDZUAN
Lain-lain Maklumat
Pengeluaran Tanaman Makanan
Pemprosesan Hasil Pertanian
Landskap
Pengurusan Ternakan
Pengurusan Estet
Mekanisasi Ladang
Pengajian ini ditaja sepenunya oleh kerajaan. Pelajar juga akan menerima elaun sara diri sebanyak RM200.00 sebulan serta kemudahan penginapan, makan dan minum secara percuma sepanjang tempoh pengajian.