FIXED CEILING INSTALLATION LEVEL 2
DCF2
Pengenalan Kursus
Kursus Fixed Ceiling Installation Level 2 (DCF2) memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran pemasangan siling tetap yang digunakan dalam kerja pembinaan dan kemasan dalaman bangunan. Peserta akan diperkenalkan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, pengenalan bahan dan komponen siling, penggunaan alatan tangan serta mesin mudah alih, kaedah pengukuran, penandaan dan penyediaan kawasan kerja.
Melalui latihan teori dan amali, peserta akan mempelajari teknik pemasangan rangka siling, pemotongan dan pemasangan papan siling, penyambungan, penjajaran serta kerja kemasan bagi menghasilkan siling yang kemas, kukuh dan mengikut spesifikasi. Kursus ini bertujuan membina kemahiran peserta dalam bidang pemasangan siling tetap sebagai persediaan untuk menceburi sektor pembinaan, renovasi, kemasan dalaman dan penyelenggaraan bangunan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
WARGANEGARA
SYARAT AM
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)