Kursus TVET

Diploma Rekabentuk Penggayaan Batik

DBF

Pengenalan Kursus

Program ini direka dan memberi tumpuan kepada kemahiran dan pengetahuan yang merangkumi semua bidang utama dalam penghasilan pakaian dan batik termasuk rekaan, ilustrasi, pembuatan batik serta aplikasi pelbagai teknik, pemilihan bahan, warna dan tekstur, pembuatan pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan melalui penyelidikan, pemerhatian dan percubaan untuk mencipta produk koleksi baharu. Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai untuk semua kebolehan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang program. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea kreatif dan inovatif dalam membangunkan identiti tersendiri bagi mempersembahkan koleksi terakhir mereka. Pelajar perlu melengkapkan enam semester pengajian; lima (5) semester akademik dan latihan industri pada semester akhir di syarikat berkaitan. Semasa semester ke-5, pelajar dikehendaki menyiapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian mereka. Koleksi akhir pelajar akan dipamerkan secara profesional pada akhir program melalui VISCOM SHOW. Program ini juga menyediakan graduan dengan nilai tambah dan kemahiran boleh pindah yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baharu, mempunyai kemahiran kepemimpinan, kemahiran keusahawanan dan kemahiran komunikasi yang berkesan sebagai persediaan untuk menempuhi cabaran pasaran global dalam persekitaran industri dan perniagaan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelajar mempunyai ruang kerjaya yang luas di dalam industri fesyen, industri pakaian, industri tekstil batik, industri reka bentuk produk-produk industri, keusahawanan dan juga di dalam sektor kerajaan seperti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pendidikan. Latihan industri yang dilalui dapat menyediakan peluang dan ruang kepada pelajar sebagai persediaan dalam menghadapi dunia pekerjaan kelak. Graduan bidang ini mampu memenuhi jawatan di peringkat pertengahan di dalam organisasi berteraskan sektor industri kraf dan kreatif.

Graduan program ini mempunyai peluang dan laluan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bidang-bidang yang bersesuaian di peringkat sarjana muda adalah seperti:
- Rekabentuk Fesyen
- Rekabentuk Dalaman
- Rekabentuk Tekstil
- Teknologi Seni Visual
- Rekabentuk Fesyen Tekstil
- Seni Gunaan dan Kreatif
- Rekabentuk Produk
- Retail Management
- Pendidikan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK BESUT
Alamat
BUKIT KELUANG, MUKIM KELUANG, 22200 BESUT TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
-
Telefon
09-6922999
Emel
-
Laman Web
https://polibesut.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;