Kursus TVET

DIPLOMA PENTADBIRAN LADANG RUMINAN (TAHAP 4)

A014-001-4:2017

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 - Pentadbiran Ladang Ruminan merupakan program kemahiran yang melaksanakan pentadbiran pembangunan ladang, kewangan, aktiviti penternakan, kesihatan dan pengeluaran ladang ternakan.

Sepanjang mengikuti program ini, pelatih juga akan mentadbir kualiti produk ladang dan sistem biosekuriti ladang ternakan mengikut amalan penternakan yang baik.

Program ini sesuai untuk individu yang berminat membina kerjaya dan kemahiran dalam industri penternakan ruminan khususnya dalam bidang pentadbiran ladang ruminan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pentadbiran Ladang Ruminan mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam pelbagai sektor industri penternakan ruminan.

Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi ialah termasuk Pengurus Ladang Ruminan dan Pembantu Veterinar. Graduan juga berpeluang menceburi bidang keusahawanan dalam industri penternakan ruminan dengan mengusahakan perniagaan atau perusahaan ternakan sendiri.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon Perlu Lulus Dan Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Penyeliaan Ladang Ruminan

PENYELIAAN LADANG RUMINAN [A014-001-3:2019] Atau

Penyelia Ladang Ruminan [AF-060-3] Atau

Penyelia Ladang Ruminan [Y-012-3]

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah Berumur

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA
Alamat
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga
Negeri
KEDAH
Penyelaras
PAHIRAH BINTI MOKHTAR
Telefon
049229008
Emel
kpm.kedah@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Elaun sara diri diberi sebanyak RM250.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;