Kursus TVET

SIJIL OPERASI PENGELUARAN TANAMAN (TAHAP 3)

A016-001-3:2016

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Pengeluaran Tanaman merupakan program sijil kemahiran Tahap 3 yang memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi dalam penyeliaan aktiviti pengeluaran tanaman secara sistematik, produktif dan berorientasikan teknologi.

Kursus ini dibangunkan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam aspek teknikal penanaman, tetapi juga mampu merancang operasi tanaman, menyelaras sumber, memantau prestasi tanaman, menyelia tenaga kerja, mengawal penggunaan input serta menilai hasil dan produktiviti projek.

Personel yang terampil dalam Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 adalah kompeten dalam melakukan kompetensi teras berikut:
a) Sedia kawasan tanaman;
b) Sedia tapak semaian tanaman;
c) Kendali penanaman bahan tanaman;
d) Selenggara pokok tanaman;
e) Kendali kawalan perosak dan penyakit tanaman;
f) Kendali hasil tanaman;
g) Selenggara ladang tanaman;
h) Selia operasi pengeluaran tanaman; dan
i) Kendali pengeluaran baja organik dan kompos

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembangunan industri agropertanian ini dapat memberi peluang kerjaya yang berpotensi dan berdaya saing dengan keperluan dalam bidang industri lain. Persaingan kerjaya ini akan mendorong perkembangan peluang pekerjaan dan peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan secara tidak langsung peningkatan kepada kadar pendapatan

Personel Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 mempunyai prospek yang sangat baik terutamanya dalam sektor swasta seperti di tapak pertanian dan syarikat ladang. Pekerjaan lain yang berkaitan adalah seperti berikut:
• Pengeluar produk hiliran berasaskan hasil tanaman;
• Pembekal benih tanaman;
• Pembekal bahan makanan;
• Pakar perunding tanaman; dan
• Tenaga Pengajar tanaman.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada pendidikan Formal atau mempunyai minat boleh membaca, mengira dan menulis
Syarat Pilihan 1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2

1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 3
Menduduki Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Perlu lampirkan STM daripada institusi tahfiz anda untuk makluman dan rujukan pihak pengurusan.
1. Jenis Sijil/Diploma : Sijil
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah Berumur

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA
Alamat
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga
Negeri
KEDAH
Penyelaras
PAHIRAH BINTI MOKHTAR
Telefon
049229008
Emel
kpm.kedah@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Elaun sara diri diberi sebanyak RM200.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;