Kursus TVET

DIPLOMA PENTADBIRAN OPERASI PENGELUARAN MAKANAN (TAHAP 4)

C107-002-4:2017

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Program ini direka khas untuk meningkatkan keupayaan pelatih ke peringkat penyeliaan dalam memimpin, menyelaraskan, dan mengawal rantaian operasi pengeluaran makanan secara menyeluruh. Ia merangkumi kawalan perolehan inventori, pemantauan parameter dan kecekapan mesin pengeluaran, penguatkuasaan piawaian keselamatan dan kualiti (Halal, HACCP, GMP, MeSTI), serta penyeliaan dan pentadbiran sumber manusia mengikut standard industri pembuatan makanan.

Pada akhir program ini, pelatih hendaklah terampil dan mampu untuk:

1. Pengurusan Perolehan Bahan Mentah
Menguruskan perolehan dan analisa bahan mentah secara bersistematik merangkumi semakan spesifikasi, penentuan sumber pembekal, pelaksanaan prosedur pembelian, penerimaan, serta penyimpanan bahan mentah mengikut piawaian keselamatan dan persijilan industri (Halal, GMP, HACCP, MeSTI).

2. Pemantauan Operasi Pengeluaran
Memantau dan merancang operasi pengeluaran kilang dengan mengawal ketersediaan bahan, parameter proses (suhu, masa, pH), kecekapan mesin, dan prestasi pengeluaran mengikut jadual pengeluaran utama serta menyediakan laporan berkaitan.

3. Pemantauan Pematuhan Jaminan Keselamatan Makanan
Memastikan pematuhan menyeluruh terhadap sistem jaminan keselamatan dan kesihatan makanan (seperti MeSTI, GHP, GMP, HACCP, Halal, ISO 22000, dan OSHA) di seluruh rantaian pengeluaran serta mengurus kebersihan dan keselamatan persekitaran kerja.

4. Kawalan Kualiti Pemprosesan Makanan
Melaksanakan kawalan kualiti (QC) produk, menguruskan aktiviti inventori dan audit industri, menyelaraskan Dokumen Operasi Standard (SOP), serta mengendalikan tindakan penambahbaikan dan prosedur pengambilan semula produk dari pasaran (product recall).

5. Penyeliaan Personel Pemprosesan Makanan
Menyelia kakitangan pengeluaran menerusi pengendalian taklimat operasi (briefing), penyediaan jadual kerja dan pelan kontingensi, penyelarasan penilaian prestasi pekerja, serta pelaksanaan latihan dalaman berdasarkan analisis jurang kompetensi (TNA).

6. Pengurusan Sumber Manusia
Mengurus dan mentadbir isu-isu tenaga kerja secara profesional merangkumi pengurusan disiplin, siasatan dalaman, tindakan tatatertib, khidmat kaunseling, serta pengendalian keselamatan dan siasatan kemalangan di tempat kerja mengikut akta perundangan.

Secara keseluruhannya, program Diploma Pentadbiran Operasi Pengeluaran Makanan ini merupakan satu program latihan kemahiran TVET yang komprehensif, terstruktur, dan berimpak tinggi dalam melahirkan tenaga kerja pengurusan serta penyeliaan industri makanan yang holistik.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Bidang pemprosesan makanan membuka peluang kerjaya yang luas dalam industri pembuatan dan pengeluaran makanan.

1. Penyelia / Eksekutif Pengeluaran Makanan - Memimpin, merancang, dan menguruskan perjalanan operasi harian kilang pengeluaran makanan serta mengagihkan tugas dan kapasiti tenaga kerja.

2. Eksekutif / Pegawai Jaminan & Kawalan Kualiti - Mentadbir dan menguruskan sistem kawalan kualiti (QA/QC) bahan mentah, kawalan parameter proses, serta memastikan produk akhir memenuhi piawaian kualiti dan perundangan.

3. Eksekutif / Pegawai Jaminan Halal & Keselamatan Makanan - Mengurus, menguatkuasarkan, dan memantau pematuhan piawaian keselamatan makanan serta Halal (JAKIM, HACCP, GMP, MeSTI, ISO 22000) di premis dan rantaian pengeluaran.

4. Eksekutif / Penyelia Perolehan & Inventori Bahan Mentah - Menguruskan strategi analisis perolehan bahan mentah, penilaian profil pembekal, kawalan stok serta pengesahan penerimaan dan penyimpanan bahan.

5. Penyelia / Teknikal Penyelenggaraan Mesin Pengeluaran - Menyelaraskan kecekapan dan ketersediaan mesin pengeluaran, menyelia jadual penyelenggaraan rutin dan pencegahan, serta kalibrasi peralatan kilang.

6. Penolong Pengurus Kilang / Operasi - Membantu pihak pengurusan atasan dalam merangka pelan perancangan pengeluaran, menyelaraskan laporan prestasi bulanan, serta mentadbir aktiviti kewangan/kos pengeluaran asas.

7. Tenaga Pengajar Vokasional/TVET - Mengajar, melatih, dan menyelia pelatih dalam bidang pengurusan serta pentadbiran operasi pemprosesan makanan di institusi kemahiran, kolej vokasional, atau pusat latihan awam/swasta.

8. Usahawan Industri Makanan - Memulakan dan menguruskan perniagaan jenama pengeluaran makanan sendiri (makanan sejuk beku, pes masakan, snek, atau minuman) bertaraf komersial dan berkonsepkan amalan pengilangan bersih.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon Perlu Lulus Dan Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Pengeluaran Makanan (Pemprosesan)

Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020] Atau

Pengeluaran Makanan [AF-018-3:2014] Atau

Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan [Y-040-3]

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Pemohon Hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA
Alamat
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga
Negeri
KEDAH
Penyelaras
PAHIRAH BINTI MOKHTAR
Telefon
049229008
Emel
kpm.kedah@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Elaun sara diri diberi sebanyak RM250.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;