Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN.

DKA

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Diploma Teknologi Komputeran merupakan program pengajian yang memberi tumpuan kepada bidang pembangunan sistem komputer dan aplikasi berasaskan web. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam aspek pengaturcaraan, pembangunan aplikasi, reka bentuk dan pengurusan pangkalan data serta pembangunan sistem maklumat.

Sepanjang pengajian, pelajar akan mempelajari pelbagai teknologi dan perisian yang digunakan dalam pembangunan sistem seperti bahasa pengaturcaraan, pembangunan aplikasi web, pengurusan pangkalan data serta penggunaan rangka kerja pembangunan sistem. Pelajar juga akan didedahkan kepada proses pembangunan sistem secara sistematik bermula daripada analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan sehingga kepada pengujian sistem.

Program ini turut menekankan pembelajaran secara praktikal melalui aktiviti amali, projek pembangunan sistem dan latihan industri bagi membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Pengaturcara
Jurutera Perisian
Pembangun Laman Web
Juruanalisis Sistem
Pengurus Projek
Juruteknik Komputer
Pentadbir Sistem Pangkalan Data
Penguji Sistem
Usahawan

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon Mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Pemohon Mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21

DAN
03
Kriteria Utama
Status Kesihatan
Syarat Wajib
Pemohon Mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Pemohon mestilah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 atau 2025 yang memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian, termasuk Bahasa Melayu (1103) dan Matematik (1449), serta lulus mata pelajaran Sejarah (1249).

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu dan Matematik

Kepujian Bahasa Melayu & Matematik

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1449 MATEMATIK

3. Kepujian mana-mana mata pelajaran berikut:

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Subjek yang diterima:
Paparan mengikut keputusan SPM calon

Subjek Yang Dikecualikan:

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1449 MATEMATIK
ATAU
Syarat Pilihan 2
Pemohon mestilah lepasan SPM tahun 2024 atau 2025 dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Matematik 1449 serta Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 3 dalam bidang ;

Pembangunan Aplikasi [IT-010-3:2016] Atau

PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER [J619-003-3:2023]

DAN
05
Kriteria Utama
Keupayaan Fizikal dan Temu duga
Syarat Wajib
Calon mestilah memenuhi
1. Tiada Sebarang Kecederaan Atau Sejarah Penyakit Yang Menghadkan, Membataskan, Dan Menyukarkan Pelaksanaan Kerja Praktikal Dan Amali
2. Hadir dan Lulus Temuduga

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
Alamat
11000 BALIK PULAU PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ZURINA BINTI ABDUL KHAIR
Telefon
04-8666229
Emel
pha3001@moe.edu.my
Laman Web
https://kvbp.moe.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Layari:
https://www.facebook.com/kolejvokasionalbalikpulau
https://kvbp.moe.edu.my/
;