Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI REKA BENTUK PRODUK BERASASKAN KAYU

DPC

KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER , PERAK

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi kemasan dekoratif dalam kerja kayu serta asas penggredan, pengawetan dan pengecaman kayu. Program ini turut memberikan tumpuan kepada aplikasi teknologi kemasan, operasi mesin kerja kayu, koordinasi kemasan bahan, perancangan inventori bahan dan kawalan kos, jaminan kualiti serta pembungkusan produk bagi memenuhi keperluan industri. Selain itu, kepakaran dalam pembuatan perabot, pengeluaran kerja kayu, penyelenggaraan mesin kerja kayu serta operasi CAD dan CAM amat diutamakan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Pereka Produk Kayu
Juruteknik Penggred Kayu
Pembantu Makmal, R&D, Pusat Latihan Teknologi Perkayuan
Pegawai Kawalan dan Jaminan Kualiti
Penyelia di Industri Perkayuan
Penolong Pegawai Pemasaran
Penolong Pegawai Penyelidik

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Pemohon mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21

DAN
03
Kriteria Utama
Status Kesihatan
Syarat Wajib
Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Pemohon mestilah lepasan SPM Tahun 2024 atau 2025 dengan kepujian Bahasa Melayun1103 dan kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan lulus sejarah 1249

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek

3. Kepujian mana-mana mata pelajaran berikut :

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Subjek yang diterima:
Paparan mengikut keputusan SPM calon

Subjek Yang Dikecualikan:

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
ATAU
Syarat Pilihan 2
i. Kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah 1249; atau ii. Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3; atau iii. Kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iiaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang

Operasi Mesin Kerja Kayu [RB-071-2:2014]

DAN
05
Kriteria Utama
Keupayaan Fizikal dan Lulus Temu duga
Syarat Wajib
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temu duga Institusi

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Alamat
JALAN MELATI,
35800 SLIM RIVER PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
SALLEH HUDIN BIN KALIWON
Telefon
05-4528408
Emel
ahaa001@moe.edu.my, kvslimriver@yahoo.com
Laman Web
https://kvslimriver.moe.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-
;