Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO

DME

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA , NEGERI SEMBILAN

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyelenggaraan jentera pertanian, infrastruktur perladangan dan teknologi agro. Program ini turut memberikan tumpuan kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan ladang, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil bagi memenuhi keperluan industri pertanian. Selain itu, kepakaran dalam sistem enjin traktor, lukisan berbantu komputer (AutoCAD), pengurusan bengkel jentera pertanian, pengurusan sumber dan kualiti pertanian amat diutamakan

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Jentera Pertanian
Penolong Pegawai Pertanian
Mekanik Jentera Pertanian
Penolong Pengurus Operasi Jentera
Penolong Pegawai Teknologi Pertanian
Pegawai Pemasaran (Pertanian)

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Pemohon mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21

DAN
03
Kriteria Utama
Status Kesihatan
Syarat Wajib
Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Pemohon mestilah memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 dengan Kepujian Bahasa Melayu 1103

1. Lulus mata pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut :

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Subjek yang diterima:
Paparan mengikut keputusan SPM calon

Subjek Yang Dikecualikan:

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH
1103 BAHASA MELAYU
ATAU
Syarat Pilihan 2
1)Lulus SPM Tahun 2025 atau 2026 dengan mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu 1103 dan Lulus Sejarah 1249 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bagi bidang ; ATAU 2)Lulus SPM Tahun 2025 atau 2026 dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Lulus Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 bagi bidang.

Operasi Jentera Pertanian & Perladangan [AF-062-3:2012]

DAN
05
Kriteria Utama
Keupayaan Fizikal dan Lulus Temuduga
Syarat Wajib
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temuduga Institusi

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA MAHARAJA
Alamat
KM 20, JALAN SEREMBAN TAMPIN, CHEMBONG,
71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
HERNY YUSNITA BINTI MARWAN
Telefon
06-6851218
Emel
nha3002@moe.edu.my
Laman Web
https://kvdlm.moe.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-
;