Kursus TVET

Sijil Kulinari

SKU

Pengenalan Kursus

Sijil Kulinari adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam Kulinari.Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
2. Pengenalan kepada bahan, alat, dan pengurusan tempat kerja (dapur).
3. Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri.
4. Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap.
5. Proses penyediaan, menghias dan menghidang.
6. Proses perlaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kulinari yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang hotel dan katering. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut sebagai:

1. Chef sebagai profession - Jurumasak di kebanyakan hotel dan Resort dalam dan luar negara
2. Jurumasak, Penyelia Dapur, Pembantu Dapur di
3. Kafeteria
4. Hospital kerajaan dan swasta
5. Kediaman Kenamaan
6. Syarikat penerbangan, Perkapalan dan Pelantar Minyak
7. Speciality Restaurant dan Fast-food Restaurant
8. Chef Selebriti dan Pengacara Masakan.
9. Tenaga Pengajar Jemputan di institusi pengajian seperti Giat Mara, kolej-kolej swasta dan lain-lain.
10. Membuka Perniagaan Sendiri / Ahli Perniagaan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL
Alamat
NO.2, JALAN TASEK SS1, BANDAR TASEK MUTIARA,14120,SIMPANG AMPAT ,PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
-
Telefon
04-5082284
Emel
adminkknt@kknt.edu.my
Laman Web
https://kknibongtebal.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;