Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

DEB

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT , JOHOR

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektronik yang berfokus kepada sistem elektronik industri, automasi, elektronik audio visual dan komunikasi. Selain itu, peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam elektronik audio visual, elektronik industri, sistem kawalan, sistem pengawal mikro, mekatronik dan mereka bentuk litar elektronik menggunakan perisian dan juga pembelajaran perkakasan dan perisian Program Logic Controller (PLC). Penerapan kemahiran untuk membuat penyelenggaraan dan baik pulih peralatan elektronik, menguji kefungsian pada produk elektronik dan berkebolehan menyelia di bahagian pengeluaran turut diutamakan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera Elektrik
Pendawai Elektrik
Juruteknik Elektrik
Usahawan

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
HAD UMUR
Syarat Wajib

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 21

DAN
03
Kriteria Utama
STATUS KESIHATAN
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Pilihan 1
Pemohon mestilah lulus SPM dengan 3 kepujian mana mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
ATAU
Syarat Pilihan 2
Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3;atau kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang.
DAN
05
Kriteria Utama
KEUPAYAAN FIZIKAL DAN TEMU DUGA
Syarat Wajib
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan lulus Temu Duga Institusi

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
Alamat
KM.5 JALAN GENUANG
85000 SEGAMAT JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
FARUQ BIN MD JALAL FAHMEY
Telefon
079433103
Emel
jha7002@moe.edu.my
Laman Web
https://kvsegamat.moe.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-
;